Latar Belakang
Pengenalan
Penjara Jerudong bertanggungjawb dalam menahan semua peringkat
banduan-banduan yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah iaitu dari orang
tahan sementara, banduan yang kena hukum sehari sehingga kepada
banduan yang kena hukum seumur hayat dan hukuman mati. Jabatan ini
juga bertanggungjawab mentadbir Pusat Pemulihan Dadah Al-Islan dan
Pusat Pemulihan Bahan-Bahan Yang Menghayalkan Al-Islam.
Sejarah Ringkas
Penjara Jerudong mula ditubuhkan pada 1hb Mac, 1954 di bawah
Penolong Resident. Pengawal-pengawal pada masa itu terdiri daripada
Anggota Polis. Pada 30hb Disember, 1959, seorang pegawai tempatan
telah dilantik sebagai ketua jabatan.
Misi
Untuk mencapai kecemerlangan dalam mengawal dan menahan dengan
selamat banduan-banduan dan memberikan pemulihan dan layanan supaya
meraka akan memupuk kembali semangat menghormati diri sendiri dan
kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang berguna dan
bertanggungjawab.
Matlamat