Proses Perintah Mahkamah dan Perintah Menteri dikendalikan oleh Biro
Kawalan Narkotik, sementara itu secara sukarela akan dikendalikan oleh
Pusat Pemulihan Al-Islam. Sebaik saja masuk, pemeriksaan kesihatan akan
dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerakaan, dan penghuni akan menjalani
rawatan detoxification tidak menelihi empat belas hari. Penghuni yang
disahkan oleh Pegawai Perubatan tidka sihat untuk menjalani
detoxification akan dikecualikan tetapi penghuni berkenaan akan
menjalani detoxification selepas saja ianya didapati sihat oleh Pegawai
Perubatan.
Selepas rawatan detoxification, satu program orientasi akan
diperkenalkan kepada penghuni bagi tempoh satu (1) minggu.