Sistem Kenaikan Pangkat
Sistem Kenaikan Peringkat, Keistimewaan, Lawatan dan
Surat.
Sistem kenaikan peringkat ini diadakan untuk menggalakkan
banduan-banduan berkelakuan baik, sikap membina dan mematuhi
peraturan-peraturan Penjara. Sistem kenaikan peringkat tersebut adalah
seperti berikut:
Peringkat Pertama
Adalah banduan-banduan yang hukumannya kurang daripada 6 bulan,
mereka ini berhak menerima dan menulis satu surat setiap empat minggu
dan menerima sekali lawatan selama lima belas minit dalam tempoh lapan
minggu.
Peringkat Kedua
Adalah banduan-banduan yang hukumannya 6 bulan dan ke atas. Mereka
ini berhak menerima dan menulis satu surat dalam tempoh lapan minggu.
Peringkat Ketiga
Selepas menjalani tiga bulan dalam peringkat ketiga dengan
berkelakuan baik banduan berkenaan adalah berkelayakan utnuk dinaikkan
ke peringkat ketiga. Dalam peringkat ini, banduan ini layak untuk
dimasukkan ke dalam skim bergaji (earning scheme), yang mana perkara ini
tertakluk kepada kelakuan dan peningkatan disiplin yang berterusan.
Banduan di peringkat ini berhak untuk menulis dan menerima satu surat
dalam tempoh tiga minggu dan bolah memerima satu lawatan selama dua
puluh minit dalam tempoh enam minggu. Keistimewaan yang lain adalah
mendengar radio dan menonton teleivsyen pada masa yang tertentu dan
meminjam buku daripada khutub-khanah.
Peringkat Keempat
Selepas menjalani hukuman selama lim abelas bulan dalam peringkat
ketiga, banduan berkenaan berkelayakan untuk dinaikkan ke peringkat yang
ke empat, tertakluk kepada kelakuam yang baik yang berterusan. Dalam
peringkat ini banduan berkenaan berhak untuk dinaikkan skim
pendapatannya jika kelakuan adalah sangat baik dan mencapai tahap
pencapaian yang baik dalam kerjanya.
Peringkat Khas
Apabila seseorang banduan telah tamat menjalani lapan belas bulan
dalam peringkat keempat, banduan ini adalah layak untuk disokong ke
peringkat yang seterusnya iaitu peringkat khas yang mana ini juga
tertakluk kepada kelakuan yang baik yang berterusan. Banduan ini juga
berhak untuk dinaikkan dalam skim pendapatannya jika banduan ini terus
menerus menunjukkan berkelakuan sangat baik dan telah mencapai tahap
pencapaian yang tinggi dalam pekerjaannya. Banduan dalam peringkat ini
adalah menjadi banduan yang terpuji dan akan memakai pakaian seragam
biru khas. Banduan ini berhak untuk menulis satu surat setiap minggu dan
boleh menerima surat pada bila-bila masa.